Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Sunday, May 15, 2016

Tentang diri.

Jujur.
aku masih belum benar-benar bersedia.
masih lagi terkapai-kapai,
mujur saja tidak kelemasan.

Hakikatnya.
aku masih belum benar-benar tahu.
masih lagi terkeliru yang mana satu,
baik buruk aku langgar saja.

lihatlah.
di dalam penilaian manusia saja aku sudah tidak layak.
banyak compang campingnya,
banyak calar balarnya,
inikan pula pada penilaian Tuhan.

entah Tuhan sudi memihak atau tidak.
moga Dia memihak.
meski aku tahu aku tidak layak.


 Ahad
150516
1054pm


Friday, July 24, 2015

Puisi hati

Berdiri.
Sendiri lagi.
Tanpa mereka di sisi.
Moga hati aku tidak mati.

Berdiri.
Cekalkan hati.
Tanpa meeka di sini.
Moga jiwa aku hidup lagi.

Berdiri.
Dengan izin Ilahi.
Tanpa siapa peduli.
Moga aku tidak sedih hati.

Berdiri
Kerana Dia sudi menemani.
Sentiasa dekat di hati.
Membuatku terus berani.
Menempuh hidup walau sendiri.


24/07/2015
9.29pm

Sunday, June 22, 2014

Sekeping hati buat kita..

Tuhan memberikan kita..

Dua mata untuk melihat,
Dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk menyentuh,

Akan tetapi kenapa Dia menciptakan hati kita hanya sekeping?

Kerana,

Hati kita sangat istimewa..
Meskipun ia sentiasa dilanda kecewa, remuk, penuh dengan pelbagai rasa yang terpendam,
Tetap Dia ciptakan satu saat untuk kita baiki hati kita, rawat hati kita yang remuk, pecah lagi berkecai itu..

Bila?

Di sepertiga malam. Tahajud .
Tahajud itu adalah saat yang terbaik untuk kita merawat segala luka di hati.
Dan bilamana dirimu berjaya untuk bangkit menemui sang Pencipta,
Merayulah sepuas-puasnya, merintihlah pada Dia, mengadulah.
Kerana apabila Dia mendengar pasti  Dia akan memberi.


Saturday, March 29, 2014

Dosa dan taubat..

Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku sangat kurang bertaubat.

Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku tetap melakukan maksiat.

Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku lupa akan akhirat.

Aku tahu aku banyak dosa, tapi Allah aku langsung tak ingat.

Allah..ampunkan aku..sungguh, iman aku sangat lemah.. T_T

Monday, March 10, 2014

Moga MH370 pulang dengan selamat. Amin ya Rob.

Lepas dinner tadi,
curi-curi pandang langit ,
menantikan kemunculan MH370.

Dia Maha Tahu segala-galanya,
Moga kita sabar dengan penantian ini.

Hasbunallah wani'mal wakeel..

Thursday, March 6, 2014

Inilah Bumi Tarim.

Kota Tarim..

Di kota ini tiada embun pagi
Tiada desiran air sungai
Atau kicauan burung melabuhkan sayap di pepohonan..

Di kota ini tiada cemara
Tiada laut mahupun muara
Tiada pergunungan hijau atau hutan belantara

Namun di kota ini
Ada tasbih yang bergemerincing lebih damai
Dari arus sungai

Ada lisan yang mengandung selawat di jalanan
Ada suara penyeru kebaikkan pada setiap sudut kerumahan

TARIM..
Apa yang ada dari mu..
Memberi lebih dari yang aku mahu..

''ya Tarim wa ahlaha ''

Tuesday, March 4, 2014

Bunga dan Cinta?

"Nak tahu apa persamaan antara bunga dan cinta?"

"Apa dia?"

"Semua bunga akan mekar, tapi tak semua yang mekar tu akan harum. macam cinta. semua cinta itu indah, tapi tak semua yang indah itu bahagia. kerana bahagia itu bukan pada keindahan, sebaliknya pada yang sudah halal."

Monday, March 3, 2014

Kalau saya pergi.

"kalau saya pergi, apa jadi pada langit?"

"langit tetap biru."

"tapi kalau Allah tinggalkan kita, tak meredhai dan tak memberkati kita?"

"hari kita akan tetap gelap, walau ada seribu matahari."

"jadi?"

"jangan pernah menangis jika ditinggalkan orang tersayang sebab itu satu kebodohan, kerana kita jarang-jarang menangis kalau menjauhi Allah."

Sunday, March 2, 2014

Kata ustaz Pahrol Mohamad Juio

Ada masanya ujian hidup menyebabkan kita rasa tidak berdaya, namun jangan berputus asa…

Itu sebenarnya isyarat untuk berehat.

Bisikkan pada hati, “wahai diri kembalilah kepada Allah. PadaNyalah tempat aku menyerah…”

Let go, let God. 
Hasbunallah wa nikmal wakil.



[ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ]

Pada siapa hendakku luahkan sakit ini?

Pada siapa hendakku sandarkan harapan yang ku rasakan makin hilang dari pandangan, 
Pada siapa hendakku sandarkan angan-angan yang ku tanam yang kian hanyut dihilir sang gelombang,
Pada siapa hendakku berpaut tatkala impian ku genggam mula hilang dari tangan,

Bisiklah pada hatimu wahai diri .

" Kehilangan akan terus terjadi dan terjadi selagi kita di alam kehidupan. Allah telah menentukan ia tidak tercipta buat kita selamanya, namun percayalah bahawa Allah itu maha kaya, Dia telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk hambaNYa yang redha dengan ujian perpisahan yang tiba " 

* Yakinlah pada Allah, tiada kita tanpa izinNya, segalanya milik Dia~

Saturday, March 1, 2014

Kata Al-habib Ali Al Jufri

Dimana adanya ahklak yang mulia 
tanda disitu adanya agama
dimana adanya akhlak yang mulia
di situ tanda adanya juga ilmu

Sekiranya disitu tiada akhlak yang mulia 
maka tiada juga di situ agama dan ilmu
tidak mungkin dengan agama itu tanpa ada akhlak yang baik
tak mungkin dengan bersifat kesolehan 
itu dengan tiada akhlak yang baik


Tidak mungkin terjadinya ilmu itu
dengan tanpa akhlak yang baik
maka setiap yang berilmu dan beragama
jika tidak terzahir padanya ahklak yang baik
maka di situ ada kecacatan pada orang yang berilmu

— Al Habib Ali Al Jufri

Ujian itu tarbiah dariNya

Dan kadang - kadang, 
Kita cuma mampu suruh dia sabar dan sabar.

Apa lagi kita nak cakap?
Yang hadap bukan kita.
Yang rasa pun bukan kita.


Ujian ni datang,
Mungkin sebab kita dah lama leka.
Seronok berfoya-foya.
Seronok gelak ketawa.
Sampai tak ingat DIA.
Nikmat banyak, sampai kita lupa.

Kadang - kadang,
Ujian ni datang sebab nak suruh kita balik kepada-NYA.

Tahu tak apa yang paling rugi saat diuji?
Bukan saat kita hilang segalanya dari ujian ini.
Bukan!

Tapi saat kita gagal kembali kepada-NYA.

Ya.
Rugi besarlah orang-orang yang diuji,
Saat ujian, gagal membuat dia kembali kepada Tuhan-NYA.
 

Selamat hari lahir sahabat

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you”, tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir.

Friday, February 28, 2014

Bangkitlah wahai diri

Wahai diri,

Ini bukanlah saat yang tepat untuk mencari cinta manusia.Ianya kelak akan mati.
Tetapi inilah masa untuk mencari cinta Ilahi. Agar diri tidak jauh tersesat dari kebenaran.

Ayuh!
Bangkitlah. Perjalananmu masih jauh. Pergilah berjuang sebelum nyawa sudah tiada.

Bangunlah!
Istiqomahlah!

Moga Allah redha.
Moga Ibu Ayahmu  redha.
Moga insan di sekelilingmu redha.

Ikhlaskan hati.
Semuanya kerana Allah.

Thursday, February 27, 2014

Allah uji sakit kerana Dia rindu kita. Terima kasih Allah

Pengorbanan Khadijah
Kecekalan Summayah
Kecintaan Rabiatul Adawiyah
Kesuciaan Maryam
Ketabahan Asiah.

Aku berkorban?
Aku tabah?

Mereka srikandi Islam , Inspirasi.
Aku manusia, biasa mereka juga.
Bukan alasan untuk kau lemah-lemah.

Genggam dan teraplah sedikit sifat-sifat mereka dalam dirimu.
kamu pasti bisa. InsyaAllah 




Monday, February 24, 2014

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.


Bismillah...



Ini adalah perkongsian tentang Allahyarham :-


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mengenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru2 ini menggemparkan ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan serta mem 'promote' kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Harap kepada sesiapa yang membaca, baca lah sampai tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dengan bnyak ayat yang tidak tersusun.

Beliau antara student Malaysia terawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tidah sampai 35 org pun) yang melawan arus perdana apabila mmilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, Negara yang sering dilabel sebagai Negara Eropah yang 'sakit'. Sepatutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. dah la ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok2 ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu. MashaAllah. Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tak ada kuasa dunia yang lagi lama daripada itu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, kenapa kita tak bngga, tu sejarah kita. kita boleh kembalikan balik sejarah tu. lepastu kita ni dah belajar tinggi2 last2 orang yang belajar lebih2 kurang pulak control kita. sebab tu ana ambil sejarah". Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.

Beliau seorg yg sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, smua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. pernah sekali beliau bawa student Malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak bagi tahu dekat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong bagg tahu perempuan tu apa yang dia nak bagi tahu. Padahal beliau ada depan prempuan tersebut. MashaAllah begitu skali beliau menjaga dirinya.

Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalua ada prgram apa2 da rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jugala yang last skali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga2 ketika bertanya dan sangat berdisiplin. sebab beliau pernah cakap "dulu mase kecik2 memang kuat ah main2 tapi lepas masuk RMC memang kena train habis". Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya masa first time saya mengaji depan orang umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yang ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalua sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari2 lain saya di asrama Turki) ,makan sama2, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis dekat whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sek. menengah lagi kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat kerana mmbaca buku (buku2 nya bnyak yang dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yang memang beliau mmbacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukn utama. beliau pun bagi la buku2 dan article2 sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Msia) berkumpul. bersama2 selama seminggu. dalam seminggu itu ada 1 hari full program dari pagi sampai malam. kami dibahagi2 ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya dketuai oleh beliau. tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau bagi.oleh sebab beliau sangt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud Fatih ade ke? sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak2 termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah2 jadi penceramah apabila segala gambar2 yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan degan detail lebih daripada petugas2 muzium terangkan pada kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

copy from : 

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE























Bersangka baiklah sahabat


Untuk apa mengata keburukan orang lain.
Cuba pandang dan cermin diri.
Bersepah keburukan.
Bersepah kekurangan.
Dah bersepah pun nak tambah lagi?

Tiada sebab lain Allah hadirkan orang orang yang menyakiti kita selain sebagai ujian untuk diri kita.
Bukan kerana dia jahat kau baik.

Tapi Allah nak kita sedar setiap orang itu ujian dia lain lain.
Mungkin ketika kau rasa seseorang itu berbuat keburukan terhadap diri kau, Allah sedang tutup keburukan kau dari pandangan orang.
Manusia ni, Allah cipta sama adil.

Dalam baik ada buruknya.
Dalam buruk ada baiknya.

Bersangka baik.
Kita sama.
Kalau rasa diri baik, jadi betul betul baik.
Jangan sekadar nampak baik.
Kan?

Tak susah.
Senang je.
Allah suka.
Allah sayang.

Tersenyum melihat langit

kalau kita asyik duduk merenung dan memikir apa yang kita tidak miliki, 
apa yang kita takde,
sampai bila - bila kita tak akan bahagia, 
sampai bila - bila kita tak akan gembira.

kalau kita tak menghargai apa yang kita ada sekarang, 
kalau kita tak bersyukur dengan apa yang sikit,
tak mustahil kita akan lupa diri kalau mendapat yang banyak.. 

kalau dengan yang sikit, kita tak pandai bersyukur, 
macam mana DIA nak bagi yang lebih banyak?

alhamdulillah. pujuk diri dengan belajar bersyukur.
ヅ

- tersenyum-melihat-langit

Kerana Allah aku harus kuat

Berkali,
hati kau dipalit sengsara.

Hingga batin kau lelah,
menahan peritnya duka yang bersarang di jiwa.

Meski insan tak mungkin memahami,

tetapi cukuplah kau tahu,

Allah sentiasa ada tika kau menyapu genang air mata yang tiada henti,
Dia sentiasa ada tika sendu tak mampu kau tahan.

Wahai jiwa- jiwa yang sedang terluka,

Kuatlah kerana Tuhanmu!

Walirobbika fasbir,
Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah!

Friday, February 21, 2014

Panduan Solat Sunat Dhuha.

Dilakukan selepas habis waktu Solat fardu Subuh.

- waktunya ialah selepas waktu syuruk sehingga waktu tegak dan tergelincir matahari sebelum masuk waktu Solat Fardu Zohor ( sekitar jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi,namun ada yang memaklumkan bahawa 15 min sebelum masuk waktu zohor adalah waktu yang terakhir , wallahualam )

- Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh juga dilakukan empat, enam, dan lapan rakaat.

-Lafaz niat Solat Sunat Dhuha :-

" Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "


* Pada rakaat pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah ialah Surah Dhuha atau Ayat Kursi.
* Pada rakaat kedua selepas membaca Surah AL-Fatihah ialah Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Ikhlas.
* Sesudah solat hendaklah dibaca tasbih sebanyak 10 kali  seperti berikut .

" SUBHANALLAHI WALHAMDULILLAHI WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL A'ZIM "

kemudian diikuti dengan bacaan doa :

" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha MU, Cahayanya itu Cahaya MU, Keindahannya Keindahan MU, Kekuatannya Kekuatan MU . Ya Allah, sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya kepadaku, jika adanya di bumi maka keluarkannya, jika adanya jauh maka dekatkanlah padaku ,jika adanya hampir maka permudahkanlah padaku dengan kebenaran Dhuha MU, Kekuatan MU dan Kesucian MU. Berikan kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba MU yang Soleh "

------------

* Bagi yang sukar untuk mengingati doa di atas bolehlah download lagu Dhuha yang telah dinyanyikan oleh kumpulan UNIC , InsyaAllah lama-lama nanti bolehla ingat. Mari kita sama-sama buat. Kata nak masuk Syurga. ^_^

MOGA ALLAH REDHA.