Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Friday, February 21, 2014

Panduan Solat Sunat Dhuha.

Dilakukan selepas habis waktu Solat fardu Subuh.

- waktunya ialah selepas waktu syuruk sehingga waktu tegak dan tergelincir matahari sebelum masuk waktu Solat Fardu Zohor ( sekitar jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi,namun ada yang memaklumkan bahawa 15 min sebelum masuk waktu zohor adalah waktu yang terakhir , wallahualam )

- Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh juga dilakukan empat, enam, dan lapan rakaat.

-Lafaz niat Solat Sunat Dhuha :-

" Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "


* Pada rakaat pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah ialah Surah Dhuha atau Ayat Kursi.
* Pada rakaat kedua selepas membaca Surah AL-Fatihah ialah Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Ikhlas.
* Sesudah solat hendaklah dibaca tasbih sebanyak 10 kali  seperti berikut .

" SUBHANALLAHI WALHAMDULILLAHI WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL A'ZIM "

kemudian diikuti dengan bacaan doa :

" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha MU, Cahayanya itu Cahaya MU, Keindahannya Keindahan MU, Kekuatannya Kekuatan MU . Ya Allah, sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya kepadaku, jika adanya di bumi maka keluarkannya, jika adanya jauh maka dekatkanlah padaku ,jika adanya hampir maka permudahkanlah padaku dengan kebenaran Dhuha MU, Kekuatan MU dan Kesucian MU. Berikan kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba MU yang Soleh "

------------

* Bagi yang sukar untuk mengingati doa di atas bolehlah download lagu Dhuha yang telah dinyanyikan oleh kumpulan UNIC , InsyaAllah lama-lama nanti bolehla ingat. Mari kita sama-sama buat. Kata nak masuk Syurga. ^_^

MOGA ALLAH REDHA. 

No comments :

Post a Comment