Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Sunday, June 22, 2014

Sekeping hati buat kita..

Tuhan memberikan kita..

Dua mata untuk melihat,
Dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk menyentuh,

Akan tetapi kenapa Dia menciptakan hati kita hanya sekeping?

Kerana,

Hati kita sangat istimewa..
Meskipun ia sentiasa dilanda kecewa, remuk, penuh dengan pelbagai rasa yang terpendam,
Tetap Dia ciptakan satu saat untuk kita baiki hati kita, rawat hati kita yang remuk, pecah lagi berkecai itu..

Bila?

Di sepertiga malam. Tahajud .
Tahajud itu adalah saat yang terbaik untuk kita merawat segala luka di hati.
Dan bilamana dirimu berjaya untuk bangkit menemui sang Pencipta,
Merayulah sepuas-puasnya, merintihlah pada Dia, mengadulah.
Kerana apabila Dia mendengar pasti  Dia akan memberi.


No comments :

Post a Comment