Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Sunday, May 15, 2016

Tentang diri.

Jujur.
aku masih belum benar-benar bersedia.
masih lagi terkapai-kapai,
mujur saja tidak kelemasan.

Hakikatnya.
aku masih belum benar-benar tahu.
masih lagi terkeliru yang mana satu,
baik buruk aku langgar saja.

lihatlah.
di dalam penilaian manusia saja aku sudah tidak layak.
banyak compang campingnya,
banyak calar balarnya,
inikan pula pada penilaian Tuhan.

entah Tuhan sudi memihak atau tidak.
moga Dia memihak.
meski aku tahu aku tidak layak.


 Ahad
150516
1054pm


Friday, July 24, 2015

Puisi hati

Berdiri.
Sendiri lagi.
Tanpa mereka di sisi.
Moga hati aku tidak mati.

Berdiri.
Cekalkan hati.
Tanpa meeka di sini.
Moga jiwa aku hidup lagi.

Berdiri.
Dengan izin Ilahi.
Tanpa siapa peduli.
Moga aku tidak sedih hati.

Berdiri
Kerana Dia sudi menemani.
Sentiasa dekat di hati.
Membuatku terus berani.
Menempuh hidup walau sendiri.


24/07/2015
9.29pm

Sunday, June 22, 2014

Sekeping hati buat kita..

Tuhan memberikan kita..

Dua mata untuk melihat,
Dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk menyentuh,

Akan tetapi kenapa Dia menciptakan hati kita hanya sekeping?

Kerana,

Hati kita sangat istimewa..
Meskipun ia sentiasa dilanda kecewa, remuk, penuh dengan pelbagai rasa yang terpendam,
Tetap Dia ciptakan satu saat untuk kita baiki hati kita, rawat hati kita yang remuk, pecah lagi berkecai itu..

Bila?

Di sepertiga malam. Tahajud .
Tahajud itu adalah saat yang terbaik untuk kita merawat segala luka di hati.
Dan bilamana dirimu berjaya untuk bangkit menemui sang Pencipta,
Merayulah sepuas-puasnya, merintihlah pada Dia, mengadulah.
Kerana apabila Dia mendengar pasti  Dia akan memberi.


Saturday, March 29, 2014

Dosa dan taubat..

Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku sangat kurang bertaubat.

Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku tetap melakukan maksiat.

Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku lupa akan akhirat.

Aku tahu aku banyak dosa, tapi Allah aku langsung tak ingat.

Allah..ampunkan aku..sungguh, iman aku sangat lemah.. T_T

Monday, March 10, 2014

Moga MH370 pulang dengan selamat. Amin ya Rob.

Lepas dinner tadi,
curi-curi pandang langit ,
menantikan kemunculan MH370.

Dia Maha Tahu segala-galanya,
Moga kita sabar dengan penantian ini.

Hasbunallah wani'mal wakeel..

Thursday, March 6, 2014

Inilah Bumi Tarim.

Kota Tarim..

Di kota ini tiada embun pagi
Tiada desiran air sungai
Atau kicauan burung melabuhkan sayap di pepohonan..

Di kota ini tiada cemara
Tiada laut mahupun muara
Tiada pergunungan hijau atau hutan belantara

Namun di kota ini
Ada tasbih yang bergemerincing lebih damai
Dari arus sungai

Ada lisan yang mengandung selawat di jalanan
Ada suara penyeru kebaikkan pada setiap sudut kerumahan

TARIM..
Apa yang ada dari mu..
Memberi lebih dari yang aku mahu..

''ya Tarim wa ahlaha ''

Tuesday, March 4, 2014

Bunga dan Cinta?

"Nak tahu apa persamaan antara bunga dan cinta?"

"Apa dia?"

"Semua bunga akan mekar, tapi tak semua yang mekar tu akan harum. macam cinta. semua cinta itu indah, tapi tak semua yang indah itu bahagia. kerana bahagia itu bukan pada keindahan, sebaliknya pada yang sudah halal."