Aduhai hati..mengapalah dikau begini...
aku tak mahu menyukai sesiapa lagi....aku belum bersedia lagi...sungguh menyintai seseorang itu merupakan sesuatu yang teramatlah perit dan sukar untuk ku terima....aku tidak mampu...
Ya Allah...mengapalah hatiku ini kuat dan tertarik padanya??aku tidak boleh..aku tidak mampu..aku derita menyintainya Ya Allah..aku terseksa Ya Allah...bantulah aku Ya Allah...
semakin hari hati ini semakin bertambah rindu pada dia..mengapa Ya Allah??hatiku terhiris Ya Allah..aku ini insan yang tak sempurna.malah tidak layak untuk dia...sungguh rasa cinta itu fitrah manusia....kini telah ku rasakan ia....bantulah aku Ya Allah...
aku tahu aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku..jadi lupakanlah dia dari dalam ingatanku ini..agar tidak menjadi igauan ngeriku,di hari-hari yang mendatang...ampunkan aku Ya Allah kerana telah menduakan cintaMU..sungguh aku tak mampu untuk melawan perasaan ini..perasaan yang Engkau ciptakan ke atas semua umatMU...Ampunkan aku Ya Allah...
~sampaikan rinduku pada dia kerana aku mencintai dia kerana dia mencintaiMU Ya Allah~
No comments :
Post a Comment