Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Sunday, April 29, 2012

andai teman2 ku tahu...

.:: BICARA DIRIKU BUAT SAHABAT ::.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warah matuallahi wabarakatuh
...
Ana manusia biasa seperti anda juga.. HANYA berbeza ujian dariNYA.

Punyai kisah hidup yang tak terungkapkan dalam manis dan juga pahitnya..

Ana jadikan yang pahit sebagai pengajaran dan manis itu sempadan kerana manis itu juga ujian dariNYA, menduga sama ada kita bersyukur atau tidak.. Sesungguhnya ALLAH TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENGUJI HAMBANYA DILUAR KEMAMPUAN HAMBANYA..

Ya Allah, Ya Rabbi kususuri liku hidup yang telah KAU tetapkan padaku, ku mencari KeredhaanMU.. ku mencari rahmat kasih sayangMU.. Tunjukkanlah aku jalan lurusMU…

Wahai saudara dan saudari marilah kita mendekatiNYA yang memiliki sepenuhnya diri kita.. dunia hanya hiasan tempat persinggahan. Sedangkan syurga kampung halaman kita yang sebenarnya. Namun adakah amalan kita mencukupi untuk dijadikan tiket menyusuri jambatan menuju ke syurga? Subhanallah.. MAHA SUCI ALLAH yang menguasai hari pembalasan. Marilah .. Aku mengajak kalian ke SYURGA bukan pula ke NERAKA. Oleh itu sertailah aku.. dan jangan pula kamu menyesatkan aku.. semoga kita dalam rahmatNYA.. ameen.

“Andaikata tidak panjang umurku untuk terus berjuang di muka bumi ini, semoga ada ilmu yang boleh kukongsi bersama semua buat bekalanku di akhirat sana.

Andai tidak terdaya untukku menghapuskan musuh-musuh Islam, semoga ada usaha dan semangatku untuk mengekang kejahatan mereka.

Andai tidak terlihat dan terjaga olehku saudara2 ku di luar sana, semoga ada rasa untuk mereka merasa bahawa sayangku ada dan sentiasa ada untuk mereka.

Andai sudah tiba masaku menyahut seruan Illahi, semoga ada saudara2ku yang sanggup mengiringi pemergianku dengan doa dan kasih sayang…..” Ameen Ya Robbal 'alamiin...

Dariku untuk saudara2ku yg dikasihi kerana Allah...Sama2 berusaha perbaiki diri dan mengajak org lain jg..

".....saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
(QS. Al-‘Asr 103: 3)

No comments :

Post a Comment