♥ Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah ♥
:ya AllAH..sehingga saat ini aku masih belum mampu jadi seperti ini....aku tidak mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana aku tidak berdaya...ampunkan aku ya Allah...
:ya AllAH..sehingga saat ini aku masih belum mampu jadi seperti ini....aku tidak mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana aku tidak berdaya...ampunkan aku ya Allah...
ya Allah...terima kasih aku ucapkan padaMU,kerana telah memberikan segala nikmat yang tidak terhingga ini..sungguh aku tidak mampu membalas segala yang telah Engkau berikan padku...
ya Allah...setakat ini sudah banyak yang aku pelajari sepanjang kehidupan aku ini...segala penat lelah telah aku rasainya...segala kesakitan telah aku tempuhi..segala kebahagiaan telah aku kecapi...
ya Allah...seandainya aku ini sudah tidak berpeluang untuk menemui orang2 yang aku sayangi sekurang-kurang Engkau hadirkanlah aku di dalam mimpi mereka agar mereka tidak sedih kehilanganku..
ya Allah...sudah banyak yang aku pelajari di duniaMU ini,namun izinkan aku untuk memohon keampunan sekali lagi kerana tidak mampu untuk menjadi yang terbaik dalam mengejar ilmuMU yang begitu luas bak lautan yang tiada penghujungnya...
ya Allah..Engkau ampunilah aku,sesungguhnya aku ini hamba MU yang tersangatlah hina..aku tidak mampu untuk meneruskan perjuangan kekasihMU, Rasulullah dalam menyebarkan dakwah...kerana aku tidak berdaya..aku lemah ya Allah...
ya Allah...seandainya inilah saat-saat terakhir aku untuk meninggalkan coretan,kau jadikanlah coretan terakhirku ini sebagai coretan yang paling bermakna sekali buat mereka2 yang aku sayangi...
ya Allah...izinkan aku untuk bertemu dengan org2 yang aku sayangi sebelum aku pergi menghadapMU ya Allah...
Ampunkan aku ya Allah...( buat teman2 yang tersayang...aku rindukanmu,maafkanlah segala kesalahanku..aku tahu aku banyak membuat kalian terasa hati..aku juga sering membuat kalian sedih..dan maafkan aku kerana tidak mampu untuk menunaikan segala kehendak kalian..kerana aku sudah tidak berdaya..maafkan aku..kenang daku dalam doa kalian sentiasa...kirimkanlah doa rindu buatku selalu..aku sentiasa menunggukan sedekah kalian buatku untuk aku jadikan sebagai peneman dikala kesunyian di sana nanti.. teruskanlah perjuangn kalian..jihad fisabilillah..semoga kalian berjaya dunia dan di akhirat)
No comments :
Post a Comment