Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Saturday, April 21, 2012

ampunkan aku Ya Allah..

:: RASA TAHAJUD ITU ::

~✿>> Di ribaanMu, kata aku : "Aku JANJI, hanya mahu DIAM..tapi, dalam diam-diam yang lama itu, kata aku lagi : tapi Allah, bolehkan aku MENANGIS, sekejap?"

Perasaan dan rasa itu..bila datang menghuni jiwa, rasa TENANG yang amat..walaupun hati sedang SARAT dengan gelisah, letih, terbeban dan segala rasa lain..termasuk dengan rasa-rasa MAZMUMAH, bisikan syaitan atau hawa na...fsu yang meliar..

Rasa tenang bila dapat menangis..dapat MENGADU sepenuh-penuhnya, rasa Dia amat DEKAT DI HATI, amat-amat dekat..sesungguhnya, rasa itu bukan datang sentiasa..setiap masa, PAYAH benar menghuni hati..sukar benar mendidik jiwa, MENANGISLAH SEPUAS-PUASNYA, tiada siapa memandang, hanya Dia yang SETIA MENDENGAR..

p/s : Aku MENANGIS di malam yang hening itu, kerana AKU TIDAK MAMPU MENANGIS keranaMU..kerasnya hati ini Ya Allah, MALUNYA aku..RINDU TAHAJUDKU padaMu..

Sahabatku sayang, mari..aku menyeru, aku memujukmu..malam ini, mari bersama-sama dalam TAHAJUD CINTANYA..rasakanlah kasih sayangNya, menangislah sepuasnya..hamparkan segalanya hanya padaNya..Dia sentiasa MEMAHAMI rasa hati hambaNya...♥♥

:: TAHAJUD tanda KEMESRAANMU denganNya ::

No comments :

Post a Comment