Oh teman...mungkin terlalu singkat untuk diriku mengenalimu...tapi aku sudah cuba sedaya upayaku untuk
memahami dirimu...berilah aku peluang untuk lebih mengetahui dirimu dengan lebih mendalam lagi,walaupun
mungkin aku tidak mempunyai masa lagi untuk mendekatimu...
Oh teman...aku ingin kau mengerti isi hatiku dengan lebih mendalam sepertimana dirimu menginginkan diriku
untuk mengerti dirimu...tapi kenapa??kenapa diriku sahaja yang perlu memahamimu sedangkan engkau tidak
pernah mencuba untuk memahamiku,mahupun cuba untuk menjaga hatiku ini...aku sedih..tapi tak
mengapa,kerna aku tahu aku hanya insan biasa yang tak layak untuk dimengerti oleh sesiapapun...
Oh teman..apa pun yang engkau lakukan terhadapku tidakku ambil hati...aku biarkan ia pergi dan
beterbangan ibarat debu yang terbang ditiup angin..terima kasih kerna berkawan dengan ku...
Oh teman...mengertilah..hati ini yang selalu ingin menggembirakan hati kalian,tak terlintas di hati ini untuk
memilih kasih,mahupun meminggirkan diri darimu...ku cuba sedaya upayaku untuk menemanimu sentiasa..tapi
apakan daya..aku hanya hanya insan biasa..
Oh teman mengertilah,diri ini yang sentiasa mendoakan agar ukhuwah kita kekal abadi...
Oh teman mengertilah..aku tidak dapat membaca isi hatimu itu..andai ada silap ku yang mengguris
hatimu,andai ada tingkah ku yang membuat engkau sedih atau tersinggung beritahulah...agar aku tahu akan
kesilapanku itu,lantas aku akn cuba untuk menarik balik salah ku itu...dan agar engkau tidak membenci
diriku,malah menjauhkan dirimu dariku...
Oh teman..andai ada silapku padamu..maafkanlah...kerna aku bimbang aku tidak berpeluang untuk bersua
muka dengan mu lagi..aku dapat merasakan bahawa diri ini hanya mempunyai sedikit sahaja masa yang tinggal
untuk berada di atas muka bumi ini lagi...mengertilah..diri ini yang sentiasa berharap agar tiada persengketaan
yang berlaku diantara kita..
Maafkan aku teman kerna aku tidak dapat untuk menjaga hatimu....
No comments :
Post a Comment