Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Wednesday, February 19, 2014

Zikir.

Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis di dalam kitabnya al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Uthman tentang tafsir ayat al-Quran ,

" Dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua "

Iaitu kisah dua orang anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis tujuh baris ayat yang bererti,

- Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi masih berketawa.

- Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari nanti dunia ini akan binasa tetapi masih terpesona kepada dunia.

- Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku menikut ketetapan Allah tetapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.

- Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi masih mengumpul harta kekayaan.

- Aku hairan terhadap sikap orang yang kenal Allah tetapi masih mengingati selainNya.

- Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya Syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.

Berzikirlah sentiasa, moga hati kita tenang.

No comments :

Post a Comment