Alhamdulillah....
Dah lama betul saya tak update blog saya ni.Mungkin kerana kekangan masa dan peluang yang membataskan saya untuk sentiasa mengupdate blog saya ini.
Rasa agak kekok sikit sebab sudah lama tidak menaip . hehe, tapi saya akan cuba gagahkan diri juga untuk menaip.
Sahabat-sahabat saya yang saya sayangi dan hormati, dalam hidup kita semua , kita mempunyai dua pilihan hidup , yang pertama pilihan hidup mengikut cara yang baik dan yang kedua pula yang sebaliknya iaitu tidak baik .
Saya yakin kita semua mengimpikan jalan dan cara hidup yang baik Semua orang ingin hidup bahagia dan gembira tanpa menghadapi sebarang masalah bukan? Namun, ramai yang beranggapan bahawa untuk mengecapi hidup yang bahagia senantiasa , kita hanya perlu alami kehidupan yang bahagia. Segala-galanya bahagia . Sekali-kali tidak .
Ramai yang tersalah anggap .Sebenarnya ,hakikat bahagia yang sebenar-benarnya ialah apabila kita berjaya untuk menghadapi sabarang masalah dan berjaya untuk menyelesaikannya dalam cara yang paling baik dan betul.
Ada orang, apabila ditimpa masalah ,dia akan melepaskan segala amarahnya agar segala beban yang ditanggung hilang apabila kemarahan itu dihamburkan keluar dari dalam diri mereka.
Ada orang, apabila ditimpa masalah , dia akan luahkan perkara tersebut kepada orang-orang yang mereka percaya . Kemudian, barulah mereka rasa lega kerana ada insan yang akan membantu mereka.
Ada orang,apabila ditimpa masalah, dia akan cari Dia . Ya, inilah satu-satunya cara yang terbaik. Malah, bukan sahaja itu, segala-galanya akan bertambah mudah .Hati kita juga akan tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Kerana apa? kerana sesungguhnya Allah jualah yang memahami hati hamba-hambaNya .
Mudah bukan? =) . Saya juga masih dalam proses untuk tidak meluahkan perasaan saya kepada insan .Namun, apabila benar-benar tidak mempunyai jalan , barulah saya akan meluahkan .

No comments :
Post a Comment