Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Sunday, February 5, 2012

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suaminya....

Sekiranya ,
kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita...

Tetapi sekiranya ,
kita cinta kepada Allah,,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku,

Maka,campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya keranaMU,
dan campakkanlah  ke dalam hatinya,
cinta kepadaku hanyalah keranaMU,

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang,
ditetapkan olehMU kepadaku,
berilah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku...

~ Aminah Qutb ~                                                                                     ( 5/3/2012 )

No comments :

Post a Comment