Puteri Nur Qasyaf Imani...

Hidup Ini Satu Perjuangan....

Saturday, February 18, 2012

kenapa??

Dalam kesibukan diriku dan dalam kepayahan diriku hendak mencuba dan mengharungi  cabaran yang lebih mencabar pada tahun ini,macam-macam pula dugaan yang datang menemui aku....

kadangkala aku bingung,bingung dengan gelagat manusia yang menyangka bahawa dirinya seorang sahaja yang berkuasa di atasmuka bumi ini,walhal tanpa dia sedari bahwa masih ramai lagi yang lebih hebat bahkan Tuhan Pencipta lagi hebat dari dirinya...

tapi itulah,lumrah kehidupan...semakin meningkat dewasa semakin banyak pula perkara yang aneh berlaku di depan mataku...dengan gelagat manusia yang pelbagai perangai...itulah..inilah..sanalah..sinilah..pening aku dibuatnya...

kata orang,kita kalau hidup ni tak ada pangkat dan darjat yang tinggi,kita akan dipinggirkan...tapi menurut aku,apa gunanya pangkat dan darjat yang tinggi tetapi Ilmu agamanya cetek malah ada yang tidak tahu langsung tentang agama Islam...Islamnya hanya sekadar di dalam kad pengenalan sahaja...aduhai saudara Islam semua,bangkitlah..sedarlah...dunia ini hanya pentas lakonan sahaja...kita hidup hanya sementara,kenapa perlu mengejar duniawi semata-mata...akhiratnya kemana?? kenapa perlu begini???.sedarlah...

                                                             ~MUHASABAH DIRI~

No comments :

Post a Comment